Thursday, October 06, 2005

2 Ramadhan 1426

2 Ramadhan 1426

Dah bape hari tak update. Mungkin sebab tak de ape yang menarik.Menjalani kehidupan seperti insan-insan lain.
Puasa tahun ini macam tahun lepas juga..Cuma rumah lain,Nisa pun dah semakin membesar. Time bersahur kena angkat Nisa bwk turun bwh.. takut dia tido lasak… kang tak pasai terjun katil lak...
Hari pertama berbuka.. tak masak. Beli je di Pasar Ramadhan Tmn Nirwana.Punyala ramai orang...boleh tahan juga lauk pauk, juadah...bli air tebu,air asam boi,nasi lemak,
ayam percik,agar-agar,kuih caramel,nasi briani dan teh tarik… hehe….
Yang bestnyer…hari pertama berbuka… Ayah Nisa  pesan,
“ Nisa karang bebuka.. jangan kacau tau… dok diam2 tengok TV ”
Punyalah bijak anak bertuah tu.. boleh dok diam depan TV.. tak ngacau mak ayah dia berbuka puasa..! :hehe…. Bijak..bijak…

Hari Isnin..3/10/05 keta peninggalan Arwah dah selamat dijual.Aku pon.. takut mak tak puas hati sbb harga yang ditawar terpaksa dikurangkan oleh sbb beberapa masalah teknikal.
Bila pepikir balik… bodoh benau la bagi balik RM **** tu pada org yang amik keta tu.
Dengan alasan JPJ tak lepaas.Macamla.. JPJ tu tak pandai buat keje.. tak tau beza original dengan keta potong !

Tu la deal dengan Pompuan.. senang betul kena klentong.Mende dah lepas…. Nak buat cammana… byk tu la …rezekinya.

No comments: