Sunday, August 28, 2011

Hari Raya 2011



Salam Aidilfitri buat rakan dan keluarga yang tersayang...moga Allah menerima amalan amalan kami di bulan Ramadhan dan sejahterakan kehidupan kami di dunia dan akhirat..amin

Saturday, July 30, 2011

Belom sampai Waktu

Belom..belom sampai masa.. masih dalam waktu kesempitan..ujian yang sangat lama kami tempoh.
Allah s.w.t gerakkan hati seorang sahabat untuk menolong..kalau dah sampai darah daging sendiri pon fadeup.. sabar..inilah ujian akhir zaman. Rasul pon dah berpesan.. ujian ke atas umatku adalah harta..kalaulah disebabkan wang ringgit menjadi punca perbalahan dan salah sangka..maka muasabahkan diri makin dekat dengan penciptanya. Allah dah tunjuk..keimanan seseorang itu bukan dinilai dari harta dan wang ringgit..tapi keikhlasan dalam segala segi dan tak mengungkit-ngungkit dengan pertolongan yang diberikan..

Saturday, March 12, 2011

Waktu yang paling sukar..

Allah menguji kami dengan seberat-berat ujian... pada Allah jua kami tak putus2 memohon pertolongan dan petunjuk..Ya Allah s.w.t ku.. hanya kau yang berhak ke atas kami.. maka redhakan kami..jgn jadikan kami kufur dengan ujian kesusahan yang kami lalui..

Monday, December 06, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Maha suci ALLAH s.w.t ,

Aku mohon kau ampuni Dosa2 ku pada tahun2 lalu, maka kau jadikan tahun baru ini Ya ALLAH , sebagai tahun yang merubah segala kehidupan yang penuh duka dan kesusahan kepada kegembiraaan dan kebaikan... kau terima lah aku ya ALLAH sebagai mana yang kau kehendaki menjalani kehidupan dunia dan tempat yang baik di Akhirat kelak..kau limpahi dengan rezeki yang tak disangka-sangka dan melimpah ruah..berupa wang ringgit malaysia yang sah dipakai... jadikanlah kami hamba yang lebih bersyukur ke atas apa yang kau kurniaakan.. moga kami sentiasa dipelihara..Ya Allah s.w.t yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu..maka apabila kau kehendaki jadi.. maka jadilah..
Selawat dan salam ke atas Rasul yang mulia..moga doa penghulu kami,para sahabat,guru2 kami KAU perkenankan Ya ALLAH s.w.t..

Tuesday, November 09, 2010

Doa Amalan

Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… . Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Wednesday, August 04, 2010

The half year of 2010

Syukur Pada ALLAH s.w.t dengan zatNYA maka aku masih bernyawa hingga ke hari ini.
Lama sudah tak bercerita. Tahun ujian yang sangat kuat. ujian yang aku tempoh dengan jalan yang sabar.hanya ALLAH yang maha mengetahui atas tiap2 sesuatu kejadian. tidaklah kita mengetahui apa hikmah di sebalik kejadian yang menimpa itu.
d early year, I spent the time for Nisa's pre-school experience.Nasib baik tak keje,hantar dan ambik dia dari skolah. sambil2 tu cari kejer juga,tapi tak da rezeki lagi.start bulan seterusnya..
my Honey is not feeling well. Until now, all the family is praying for him and hope that he will
get better.Honey, I know that ALLAH s.w.t is with you.He granted all your 'Doa'.
For all the family members especially my beloved Mother, Cikgu TAHA,Acik n Apak,My Sister,my mother in law, Pakcik Bacik,Ayah Yusof,Uncle Memeng, Dino , Ustaz Abdullah and other family members and friends, thanks for all the kindness and help. ALLAH s.w.t sahaja yang tahu hati kalian betapa banyak bantuan yang kalian hulurkan.
Hampir Ramadhan, rezeki itu datang. Aku bersyukur mendapat pekerjaan yang baik.
Moga hari-hari yang mendatang menjanjikan kebaikan buat aku dan orang2 disekeliling ku.
Mak.. besarnya pegorbanan Mak..hanya ALLAH yang dapat membalasnya.
I really miss.. Bapak.moga ALLAH menempatkan dia ditempat yang baik.

" Selamat menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan "

Friday, October 30, 2009

Jumaat, 12 Zulkaedah 1430

Jumaat yang mulia.. memenuhi hariku dengan membaca quran online. Dah le solat pon kurang lengkap..apatah lagi quran yang jarang dibaca..maka kemudahan teknologi tak patut dipersiakan.
kalau boleh berFBying,cucuk tanam farmville sumer, suppose pengisian jiwa juga perlu dilakukan dengan mudah.

http://www.quranexplorer.com/quran/

Moga Allah menerima amalanku dan menjadikan aku manusia yang mengenal NYA..